Tahu oleh Fynn Jamal di Pokok Kelapak House

Buku Puisi Tepi Jalan yang ditulis oleh Fynn Jamal pada muka surat 7 dan 8 yang bertajuk :

Tahu

Dan kau tanya dalam diam,
dengan mata kau biar pejam;
bagaimana mungkin wujud sunyi
di riuh engkau berdiri?

satu-persatu hilang ertinya,
berdikit-dikit menyesak dada,
mahu kau lari dan bersembunyi,
tapi mana kau harus pergi?

haus–
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan;
kau tau–
namun tak kau akukan.

kau selongkar bumi langit petala,
sedang jawabnya lama kau ada,
maka perlu apa kau bongkargali,
kalau cuma diletak tepi?

sayu–
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan;
kau tau–
namun tak jau akukan.

apa kau cari yang sebetul-betulnya?
lama mana begini
–bertelanjang jiwanya?

haus–
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan;

kau tau.

sayu–
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan;

kau tau.

kau tau,
kau sayu,
kau rindu;

–sama Tuhan.